Wednesday 31 August 2011

Video betul,Suara lain.lawak2.:)lawak hari raya

Lawak itu adalah satu cara untuk kita menceriakan sesorang,melepaskan tension dan sbgainye. Lawak boleh muncul dalam bnyk2 jenis seperti gambar,video dan sbgainya. Tengok ajelah di bawah.:p:










Bnyk lgla lawak2 macmni..cuma kene search youtube aje..:)

Sunday 28 August 2011

Lelaki Hari Ini: Isteri fitnah suami ade HIV

 Padah fitnah Suami




KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.


Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.
Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.

Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.




Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya.


Sumber:metro

*Korang berhati-hatilah dengan kenalan2 korangni selepas korang berkahwin. Facebook dia korang menceritakan hal peribadi korang kat facebook. Bila korang ade masalah dan tulis dalam fb,mulala laki lain akan amik peluang untuk mendekati korang. Hati-hatilah.Dapat HIV tu smpai tua xde pengubatnnye. Dapat anak pun,anak macm mane r. Perkembangan terbaru, Suami dia pulak menuntut tuntutan nusyuz sebab isteri derhaka.Padanlah muka.Dah curang,fitnah pulak suami ade HIV.



Indonesia menghina kita??

Aku bukan nk cakap ape.Sempena kemerdekaan kita yang lg dua hari ni.Membarala jugak api aku bila ade orang hina Malaysia ni. Tajuk dia 10 fakta kebodohan negara Malaysia. Tp apebila aku kaji balik,adela jugak bende yang aku setuju..tp banyk jugak x setuju:tengokni...

10 Fakta Kebodohan Negara Malaysia:
1. Merasa dirinya developed country, padahal GDP/capita hanya 5000 USD (angka inipun sudah dimanipulasi oleh Kerajaan Malaysia), experts memperkirakan angka yg benar adalah sekitar 1500-2000 USD/ kapita/ tahun.

2. Punya program luar angkasa, tapi tak punya teknologi pembuatan rocket.

3. Bangga dengan kemampuan memperkerjakan tenaga kerja asing, sementara uang mereka diperas dikirim ke negara asal pekerja2 tersebut dan banyak warga mereka yg menganggur karena kalah bersaing.

4. Merasa universitas mereka terhebat di Asia.. baru terbuka matanya setelah keluar ranking baru bahwa merekalah yg paling rendah...setara dengan Somalia dan Sudan, agak sedikit di atas University of East Timor saja.

5. Bangga dengan Menara Petronas yang dibangun oleh Korea Selatan.

6. Mengeluarkan banyak uang untuk tourism marketing tapi memukuli dan menyiksa turis yg masuk... mana ada lagi orang yg mau datang.

7. Bangga sebagai negara yg banyak kedatangan turis. Lupanya dia bahwa turis yg masuk ke negaranya sebagian besar adalah orang Singapore yg mengunjungi family dan orang Indonesia yg hendak cari kerja... jadi bukan turis yg sebenar2nya.

8. Tidak bisa memanfaatkan potensi besar bangsa China dan India sebesar2nya karena rasa iri hati sehingga menggunakan NEP dan lain2 policies untuk membatasi perkembangan kekuatan bangsa China dan India.

9. Tidak mampu menciptakan budaya sendiri sejak nenek moyangnya hingga sekarang[/b]. Orang Amerika saja mampu menciptakan budaya sendiri yg berbeda dari orang Eropa. 

10. Tingkat buta huruf masih mencapai 17% dari total populasi

link: Bodoh


Sebenarnya ramai lagi orang Indonesia amat benci kepada Malaysia sejak tarian pendet yang ditayangkan dalam cuti-cuti Malaysia dulu. Disini nak ditegaskan,yang buat dokumentari yng libatkan tarian pendet tu adalah Syarikat Discovery Network!Malaysia tidak pernah pun klaim tarian nate tu. Orang indonesia tetap x paham2 lg.Lg satu tarian pendet tu sebenarnya dicilok orang Indonesia jugak dari India. Ia sebenarnya adalah tarian hindu..so??Kita ni negara Malaysia berbilang kaum,ade yang jawa,jambi,acheh dan sbgainya. Jd x timbulla klaim2 budaya dorang sedangkan empunya budaya nye ade kat sni.

Ini adalah satu drpd kutukan indon,Malingsia: pencuri(bahasa indon)

Ade satu laman web tu yang melibatkan pergaduhan antara Malaysia dan Indonesia.Kadang2 aku pun mengikuti jugak perkembangan dan debat jugak dengan orang indonesia.haha..ini link dia..Topix







Saturday 27 August 2011

Jadual Perlawanan Bola Sepak Olimpik Malaysia dalam Kelayakan Olimpik London 2012


Bangga menjadi rakyat Malaysia:
Malaysia merupakan wakil tunggal Asia Tenggara,yang bakal berentap dengan negara yang mempunyai rekod mutu bola sepak yang baik..Berikut adalah jadual lengkapbagi pasukan Malaysia untuk Kelayakan Olimpik 2012..



21 September : Japan vs MALAYSIA

23 September : MALAYSIA vs Syria

27 November : MALAYSIA vs Bahrain

5 February : Bahrain vs MALAYSIA

22 February : MALAYSIA vs Japan

14 March : Syria vs MALAYSIA
Cmne pulak dengan perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Australia pada bulan oktoberni?Pasukan mane yang patut dihantar?olimpik atau piala dunia?

5 Tahun di SBPISB(INTERSABER) Part 1



 Apa itu SBPISB?
SBPISB atau INTERSABER ni adalah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam. Dia convert dri SMAP kepada SBP. Mase aku first masuk tu dia baruje convert. Menerima hanya 5A pelajar UPSR(biasalah SBP) dan 7,8,9 A dalam PMR(masuk form 4 la).Dengan motto "Disinilah Pemimpin Dilahirkan"

Dimanakah SBPI SB ni?
ha....ni soklan emasni. Ia terletak di tengah2 bandar yang kiri kanannya bangunan2 30 tingkat.hehe..gurau2. Ia sebenarnya terletak di Selangor Darul Ehsan.


Kalau nk spesifik lg, terletak di sungai ayer tawar berdekatan dengan Politeknik Sabak Bernam, nk details lg tempat Pak Mat berniaga kantin kat sekolahtu dulu(murah ayam goreng dia).




Ha..nmpak macm kat hujung dunia x?haha..Senior aku yang first cakap kita berada di hujung dunia. Mula2 aku ingt dia saje je cakap sebab sekolahni kat pedalaman.Sekali betol rupenye.Hujung Selangor. Dari Sekolah ke pekan terdekat iaitu pekan sg Besar pun 31 km dah. Nk fly pun,nk fly pegi mane? teksi dan bas,satu haprak pun x pernah aku nmpak selama 5 tahun aku kat sane.haha..tp itulah dugaan yang kami tempuhi selama ini.

Sejarah
Sekolah ini mula beroperasi pada 8 Julai 2002 dengan pengambilan pelajar pertama iaitu pelajar tingkatan satu seramai 76 orang.  Pada ketika itu jumlah gurunya seramai 15 orang.  Puan Hajah Nahyah binti Atok(paling lama) adalah pengetua pertama sekolah ini.  Encik Jaafar bin Rajuli(prep senyap) sebagai Penolong Kanan, manakala Ustaz Ahmadi bin Abas(garang+baik) menyandang jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.


  Ust. Ahmadi Abbas,Bapa kami.

Itu sajelah untuk post kali ini.Tp akan bersambung untuk post akan datang......:)

Mathluthfi90 datang lg!





Memang terkenal dia ni.Sume orang berbilang kaum kenal dia ni.haha. Sume video dia amatlah lawak dan menyentuh hati kepada sesiapa yang tengok.Plis..korang mesti tengok sume video dia. Ini video dia terbaru,buat pada 5 August 2011. Dia mengajak orang ramai untuk menghantar video mereka bangga jd rakyat Malaysia supaya dia dapat compile dan siarkan:




Dalam video seterusnya, dia menceritakan response2 yang dia dapat dri orang ramai yang berbilang kaum:



Serius naik bulu roma aku. Teringin pulak nak pergi dataran merdeka.haha..Ape2 pun diani memang seorang yang kreatif, memang ramai x pernah terfikir nk buat mcm tu tp dia memang genius! Kesimpulannya, hormatilah kaum2 lain tidak kira bangsa di Malaysia ini. Kita semua manusia.Xkan kita tidak mempunyai nilai kemanusiaan yang sama?





Friday 26 August 2011

Zaman Keemasan Bola Sepak Malaysia



Sejak kemenangan Malaysia dalam sukan sea 2009 2 tahun lepas, bola sepak Malaysia kembali menyinar seperti zaman Mokhtar Dahari sedekad yang lalu. Nama seperti Safee Sali,S.Kunanlan,Safiq Rahim mula terkeluar dri mulut2 peminat yang sebelum ini hanye pernah dengar nama C.Ronaldo dan sbgainya.Tetapi berkat semangat yang ditunjukkan dan tidak mengaku kalah, peminat kembali pada Harimau Malaya.








Selepas itu,pada tahun 2010, kita berjaya memenangi Piala AFF Suzuki Cup. Daripada kekalahan 5-0 dengan Indonesia,kita berjaya mendapat gelaran juara!Safee Sali muncul sebagai penjaring gol terbanyak perlawanan:


Thanks to Rajagobal,dua2 kejohanan ini kita berjaya menjadi juara. Hasil daripada dua kejohanan ini bnyk pemain kita diintai pasukan luar negara. Safee Sali ke Pelita Jaya, Safiq Rahim akan jalani ujian di Cardiff City, Wan Zack Haikal dan 2 rakannya dipinjam oleh kelab slovakia, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat disebut akn ke QPR Crystal Palace Akhirnya, barulah kita boleh berbangga dengan bola sepak negara kita dan x mustahil 2018 menjadi tahun yang gemilang untuk kita merangkul Piala Dunia!:p

3 Pemain Malaysia dipinjam untuk kelab slovakia

Slovakia?Slovakia?korang kenal x Slovakia?haha..kalau yang masih x kenal lg Slovakia,Slovakia merupakan sebuah negara yang menduduki tempat ke 24 dalam fifa ranking. Mula2 mase first FAM hantar pemain ke slovakia, ramai yang tidak senang dengan keputusan itu tambahan lg dengan rumour tersebar waktu itu yang FAM bayar banyk untuk pemain Malaysia bermain di liga sana. Ramai mengatakan Slovakia tu low standart la..apela..Yang mereka mahukan England,Spain,Perancis dan sbgainye..Mereka tidak tahu Slovakia lah negara yang masuk Piala Dunia 2010 mengalahkan Italy 3-2 waktu itu. Kita harus berbangga 3 pemain kita iaitu:


Mohamad Fadhli Mohd Shas, 20- representative starts, defender

Wan Zack Haikal Wan Nor, 2- representative starts, midfielder

Mohd Irfan Bin Fazail, 1- representative start, midfielder

berjaya mendapat perhatian kelab slovakia, FC ViOn Zlaté Moravce yang mendapat ranking ketiga dalam liga slovakia,Corgon Liga.Ini facebook official dia yang diconquer oleh peminat Malaysia: FCVION


Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Dalam perkembangan terbaru pemilik kelab FC ViOn Zlaté Moravce ini telah memuji barisan skuad Malaysia dengan mengatakan, "We saw them playing in some matches and also in the training process and we are sure that they will be a benefit for our club and they will certainly progress well. The have got their merits, other like our players and because of that I believe that it will be successfully „tuned“ . Apa2pun ambiklah ape2 teknik yang diajar disana sebelum perlawanan menentang Jepun nnti. Pecahkan rekod dengan mengalahkan JEPUN nanti


Thursday 25 August 2011

Keputusan undian bola sepak liga juara-juara

KUMPULAN A:
Bayern Munich
Villarreal,
Manchester City,
Napoli

KUMPULAN B:
Inter Milan,
CSKA Moscow,
Lille,
Trabzonspor


KUMPULAN C:
Manchester United,
Benfica,
FC Basel,
FC Otelul Galati


KUMPULAN D:
Real Madrid,
Lyon,
Ajax,
Dinamo Zagreb


KUMPULAN E:
Chelsea,
Valencia,
Bayer Leverkusen,
Genk

KUMPULAN F:
Arsenal,
Marseille,
Olympiakos,
Borussia Dortmund

KUMPULAN G:
FC Porto,
Shakhtar Donetsk,
Zenit St Petersburg,
APOEL Nicosia

KUMPULAN H:
Barcelona,
AC Milan,
BATE Borisov,
Viktoria Plzen
 

Dengan satu ciuman daripada perempuan yang x kenal, x jd bunuh diri

Pada 20 JUN 2011, kanak-kanak lelaki berusia 16 tahun mahu membunuh diri sendiri di atas jambatan di Shenzhen City, Guangdong Province, China. Seorang wanita muda yang berani menggunakan ciumanya dan determination untuk menukar idea bunuh diri, dan menyelamatkan nyawanya dengan bomba yang lain.
Menurut laporan itu, budak itu bunuh diri sebab kehilangan ibunya, ketika beliau kanak-kanak. ibu tirinya menipu semua wang bapanya. Dia rasa alone dan , tidak pernah mempunyai kasih sayang daripada keluarga.
Wanita muda wira adalah steward hotel. Beliau berkata, walaupun dia tidak tahu membunuh diri, dia mempunyai situasi yang sama sukar, walaupun mahu membunuh diri beberapa kali. Apabila dia bercakap dengan budak itu, dia menangis, kerana dia benar-benar memahami dia. Dia fikir hanye satu je,cinta. Akhirnya, dia berjaya dengan ciuman!


 Cuba nasihat budaktu

 Jeles aku tengok.hehe


Iklan Raya yang terbaik sepanjang zaman

Teringat zaman dulu2 mase kecik, sentiasa aku meminta upah dri mak n ayah kalau nk belikan barang kat kedai. Jauh jugak kedaitu semata-mata nk beli gula pasir prai. Dapatla jugak upah 20 sen beli ais krim milo dalam plastik tu. Punyelah gembira nya aku dapat beli ais krim..haha..Dan aku rase inilah iklan raya terbaik yang pernah aku tengok...:




Nak menangis jugak tengok iklan ni..1999 kot!aku ingt lagi mase tu aku darjah 3........skang...dh 21...dah bape tahun yang dulu dh aku tengok iklan ni...terbaikla petronas...

Tips untuk membeli Laptop yang sempurna untuk anda



 Nak citekan sikit tips2 nk beli laptop ni.Korang jangn main beli aje laptop ni,boleh mendatangkan pembaziran jika ia x sesuai dengan korang. Bukan itu saje, kemungkinan banyk software yang x sepadan dengan laptop anda membuatkan anda..pusing2..So,inilah tips dari saya dalam memilih laptop:

1) Processor: Processor merupakan otak kepada laptop anda yang menentukan kecepatan akses sesebuah laptop anda. Untuk gaming aku rase lebih baik korang gunekan AMD processor(untuk lebih baik dan tahan panas).Untuk kerja2 yang melibatkan kerja ddesign graphic atau kerja universiti spt Autocad dan sbgainye korang patut gune intel. Sebenarnya Intel Core dan celeron sudah cukup memadai untuk penggunaan internet dan microsoft office. Tetapi untuk penggunaan laptop menggunakan tujuan yang lebih tinggi spt design graphic,game dan edit video.Saya syorkan processor tinggi spt centrino, core 2 duo dan keluaran intel terbaru core i series spt i5,i3 dan i7

2)Memory: Memory atau RAM (random access memory), semakin besar memorynya maka akan semakin cepat pula prestasi sebuah notebook. Untuk pemakaian standard, memory dengan kapasiti 1Gb sudah lebih dari cukup. Tetapi kalau boleh gunakanlah kapasiti yang lebih besar, terutama untuk aktiviti mereka bentuk, game, dan video editing.

3) Bateri: Satu kelebihan laptop dibanding PC desktop adalah dilengkapin dengan tenaga bateri. Semakin tinggi daya tahan sebuah bateri laptop akan semakin baik. Secara umum daya tahan bateri laptop berkisar antara 2-3 jam. Jika anda sering  membawa kemana-mana dengan notebook anda maka pilihan notebook dengan daya tahan bateri cukup lama akan sangat cocok buat anda. kat pasaran ada notebook yang bateri boleh tahan sampai 8 jam. Contoh notebook Acer Timeline.

4) Hard Disk: Data jenis apa yang akan anda buat dan simpan di laptop, akan menentukan kapasiti yang dimasukkan. Jika hanya sekedar file dokumen kerja, harddisk dengan kapasitas 60-80Gb sudah cukup. Namun jika Anda gemar menyimpan file lagu MP3, video-vedeo Youtube, dan foto, carilah hard disk yang kapasiti nye lebih tinggi lg. 

5)Operating System: Anda perlu bertanya pada penjual ade x pembelian laptop ni sudah include dengan operating systemnya sebab ada jugak penjualan laptop tidak termasuk dengan operating systemnya dan dijual berasingan. Dan pilihan operating system apa yang sebaiknya digunakan itu bergantung pada anda. Jika anda ingin mudah just amik OS Wondows yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia.Jikalau anda sudah handal, Pilihlah MAC atau LINUX.:)

6)Graphic Card: Dalam sesebuah laptop, bende yang paling mahal adalah graphic cardnya. Graphic card ini amat penting pada seseorang yang minat gaming dan ingin melihat sesuatu yang realistik. Untuk gaming..saya sarankan nvidia atau ati.Kadang2 ade jugak game yang tidak boleh main kerana graphic cardnye rendah..untuk butiran graphic card terbaik untuk anda GAMERS..rujuk ini..Sesuai untuk games

Sudah smpailah ke penghujung rancangan,belilah laptop yang sesuai untuk anda sebab anda akan rugi jika anda tersalah beli laptop. Laptop ni bukan bape hinggit..beribu-ribu.So,Roger and out..

Wednesday 24 August 2011

CCTV dirumah aku merakam pencuri(update)

(upSeram2..tu je ape yang dapat aku katakan selepas melihat balik cctv kat umah aku..Rumah sebelah dh kene dh semalam..Tp sebelumtu pencuri tu dtang umah aku dulu!..dia check rumah aku nasib bek ade lampu terbukak..dia x jd masuk..Dahlah pukul 4pg...ish3...seyes...Pakai penutup muka pulaktu..x taula dia ni motifnye nk rompak atau mencuri..atau...nk bunuh...menakutkan..korang tengokjela cctv rumah akuni!:

 Dari sliding door belakang umah aku

 Updated baru punye dri tingkap


 Korang nampak x??seyes macm hantu pulak..Berhati-hatilah ye.......Pastikan lampu dibukak walaupun satu..kos elektrik x penting..tp keselamatan...


Tuesday 23 August 2011

Top 5 games yang paling aku suka

Aku ni memang game alchoholic.Kalau aku main satu2 game tu..semestinya aku akan cuba habiskan game tu smpai ending. hehe..game yang aku suke adalah game yang graphicnye lawa dan gameplay yang best gile r!..Aku lebih suke game yang adventure sikit..So,terimalah top  game  yang terbest pernah aku main:

NO 5:

Dulu aku suke gilala gameni,tp gameni dh lame sngt..so,no.5la..Aku selalu gune nama V_FOR_VANDETTA..hehe..Gameni dalam PC

N0 4:

Gameni memang antara terbaik.Tengok graphicnya,jalan cerita dia dan gameplay dia.Memang smart.Aku memang suke RPG games yang macmni.Walaupun gameni x la memerlukan tenaga sngt tp kita mesti nk tau ending gameni. Gameni terdapat dalam PS2


 NO 3:












Gameni memang terbaikla lgi2 dalam wii.Bayangkanlah korang bermain menggunakan wii dri menghayunkan pedang,membawa kuda,memancing dan sbgainye.Lg2 graphicnye memang terbaik ditambah dengan storyline best.Gameni dalam WII

NO 2:












Gamenipulak aku habaq memang terbaik.Ia dalam PS2. Tp korang bole jugak main dalam PC menggunakan emulator PCSX2 yang aku ade post sebelum ini. Gameni walaupun nmpak mcm game budak kecik tp gameplay dia seperti form2 yang amatlah smart memang terbaik untuk korang. Ditambah pulak dengan graphic memang terbaik..sakang tengah tunggu KH3.




Dan yang tebest!NO 1:


Ini game PC.Memang paling terbaikla game pernah aku main. Dalam gameni korang sebagai pembunuh upahan dan kerja korang adalah mencerobohi castle,membunuh orang dengan menggunakan pistol,pedang,bom,pisau dan blades. Gameplay dia same seperti Kingdom Hearts 2..Korang boleh memanggil member untuk menolong..graphicnya memang lawa dan jalan ceritanya, anda ingin mengubah dunia!.Dalam gameni ni melompat dri stu bangunan ke bangunan lain tiada masalah..5 star aku bg ataupun 4 flat aku bg..skang untuk tunggu sequalnya.Assasins creed revetelations.




itulah saje game yng aku minat top 5...anda bagaimana?


Monday 22 August 2011

Tips2 pergi KL beli barang nk raya


Fuhhhhhhh...gambar di atas adalah salah satu tempat yang mesti korang terpki nk pergi kan??haha..di sekitarnya,jalan TAR yang terkenal dengan barang murah,baju melayu dan sbgainye..Korang tnyela mak korang kat mane tempat yang best beli barang raya ni...Semestinya mak korang akan kate kat area jalan TAR.hehe..but looks can be deceiving...gambar di atas kalau dilihat sunyi ajekan...cube try korang pegi..hehe..Tersebutlah alkisah, aku hendak pergi ke sane dengan naik LRT ke Bandaraya sebab aku malas nk bawak ketekan..Biasalah, KL memang terkenal dengan jam..Jd aku pun pegi sane pada hari ahadtu..aku smpai sane dalam pukul 1 petang...


Tepat jangkaan aku,dibawah jejantas dri stesen ke Sogo..Mak ai...Deretan kereta,bas dan teksi menghiasi Jalan TAR ni..Aku pun menarik nafas lega..Tp terkejut aku bila ramai betol dalam Sogo tu..Smpaikan nk tengok barang pun x selesa..bayangkanlah macm berada kat negara padat..Padat betol!Yangtu xpe lagi..ade pulak orang yang merempuh-rempuh pulak..


Seyes x pernah aku tengok seramaini kat shoping complex...Akhir sekali..Baliklah aku dengn tngn kosong x tahan dengan ramai orng tu...Kesimpulan dan pengajaran: Kalau nk pergi Sogo, pergilah hari kerja,dan pagi2...InsyaAllah anda dapat pengalaman mengembirakan di sane..haha..:)

Lelaki Hari Ini: Kahwin Lari – Lelaki Diseksa




Sekumpulan 40 orang ikat lelaki pada tiang rumah, dibelasah lebih sejam


SUNGAI PETANI: Seorang pemuda berusia 31 tahun diikat pada tiang rumah sebelum dibelasah dan dicucuh dengan puntung rokok gara-gara bernikah dengan teman wanitanya di Thailand, dalam kejadian di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Azhar Aziz, dilucutkan pakaian hingga tinggal seluar dalam, dipukul dengan tangan dan kayu serta diseksa lebih sejam oleh sekumpulan 40 orang dipercayai ahli keluarga isterinya dan penduduk kampung terbabit, kira-kira jam 2 pagi.
Berikutan itu, Mohd Azhar cedera dan lebam di seluruh anggota badan termasuk kedua-dua mata serta menerima lebih 20 jahitan pada bahagian muka, tangan dan kaki.
Menceritakan kejadian itu, Mohd Azhar berkata, beliau dan isteri yang baru dinikahinya seminggu lalu, didatangi sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal di rumah mereka di Taman Orkid, di sini.
“Lelaki terbabit bertindak memecah masuk ke dalam rumah sebelum memaksa saya masuk ke dalam kereta dan dibawa ke Kampung Simpor Tambang manakala isteri saya dibawa dengan kereta berasingan.
“Sebaik tiba di kampung itu, saya dapati ada kira-kira 40 orang penduduk kampung termasuk saudara isteri saya sebelum mereka membogelkan saya hingga tinggal seluar dalam dan diikat pada tiang sebuah rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Azhar berkata, beliau dipukul dengan kayu dan tangan, malah dicucuh puntung rokok sehingga tidak bermaya.
“Selepas menanggung sengsara lebih sejam, mereka melepaskan saya sebelum saya menghubungi polis dan memaklumkan saya terbabit dalam kes culik,” katanya.
Beliau berkata, isterinya yang berusia 23 tahun bersetuju bernikah di Thailand kerana tidak mahu berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga.
“Sebaliknya, isteri memilih saya kerana kami sudah saling mengenali sejak lima tahun lalu. Malah, sebelum kami bernikah di Thailand, isteri saya membuat laporan di Balai Polis Kangar memaklumkan beliau secara sukarela mengikut saya untuk bernikah di sempadan,” katanya.
Mohd Azhar berkata, beliau kehilangan sebuah telefon bimbit, MyKad, kad juru wang automatik (ATM) dan lesen memandu dalam kejadian itu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, malam kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan sedang dijalankan
Sumber : Berita Harian

*Hampa jangnlah kawen2 lari no...kecian tok imam berlari2 wat akad nikah..Ape2pun..berfikir terbuka, pujuk, dan pkikanlah kenapa keluarga x suka..X bestla kawen lari..wat malu je ngan orang lain.. Jd anak derhaka lg..

Friday 19 August 2011

Cara nk check saman dan bayar saman gunekan internet banking

Rupanya masih ramai x tahu lg bagaimana nk bayar saman dan check saman anda dengan cara yang mudah. X payahlah korang nk beratur jauh2,nk pgi IPD polis jauh nun di sana.Yang paling senang adalah dengan menggunakan internet!..skangni internet banking banyk gunenye dri topap,bayar bil tepon,bil air,bil elektrik,saman,road tax delivery dan sbgainya. Jd,rugilah korang kalau x gune peluangni..

CARA NAK CHECK DAN BAYAR SAMAN GUNE INTERNET


1. Masuk ke website MyEG.com.. Mula-mula anda perlu mendaftar sebelum boleh log in ke akaun…


Ini merupakan screenshot pandangan pertama websie MyEG.. Lepas daftar log in guna nama dan kata laluan anda..  

2. Dah log in , anda akan bertemu page ini pula.. Pilih mana agensi yang telah menyaman anda.. Anda juga boleh menyemak sekiranya tak tau agensi yang telah memberi saman .. Dalam kes saman polis traffik iaitu dalam agensi PDRM..
3. Anda akan sampai ke page ni pulak.. Lebih kurang je design antara agensi..

4. Lepastu, letakkanlah IC atau no.kereta atau sebagainya di atas..tekanlah "check summon"..
Terpaparlah jumlah saman yang perlu dibayar..


 Kalau nak bayar. Tick kat saman dan tekan proceed..Untuk x tahu cara nk buat internet banking.lawat ini...(link)...dripada student kepada berjawatan besar boleh buat internet bankingni
5. Anda akan ditunjukkan jumlah bayaran beserta bayaran perkhidmatan RM2.00 . Kira oklah tu kan. Mana ada perkhidmatan percuma kan… Tak payah beratur nak pergi traffik lagi..


Kemudian korang pilihla korang nk bayar melalui kredit ka?maybankka?amka?...kalau xde bank korang kat stu..aku lupe...ade satu tu...pilih ade satu tu meps ke ape...lepastu nanti keluarla BSN,CIMB dan sbgainye...Aku dh cube dan terbukti ia berjaya..korang bile lg??OWHH!!!JANGAN LUPE DISABLE POPUP BLOCKER ANDA!
Source: (link)

Thursday 18 August 2011

David Villa hina islam semasa lawan Real Madrid??



 Aku saje2 membace blog2 orang lain smpai satu ketika aku terbace satu blog ni. Ini post dia, David Villa hina Islam!!(link dia)..Jd aku pun mengecheck-ngecheck video blog tu




Cube korang perhatikan pada ke 0.36minit..rupa-rupanya. Mereka bukan bertengkar pun..sebenarnya kalau dapat dilihat..Villa menampar muka Ozil tu..Lepastu, Ozil pun marahla...bukan sebab Villa hina Islam..Kalau lepas Villa tampar tu,pastu dorang bergaduh tu,bolehla aku terima Villa mungkin ade cakap sesuatu..ape-apepun...kita x tahu ape yang berlaku..Ozil x sahkan pun yang agama islam kene hina..So,jangn tuduh sembarangan,......


UPDATE:
Yupp,memang betol David Villa hina islam mengikut kata Ozil.. http://www.allvoices.com/contributed-news/10024773-mesut-ozil-david-villa-insulted-my-religion ..Kalau betolla..Aku anti-David Villa lepasni.. lg kata Ozil...

Ozil: "I only started to fight with David Villa when he made fun of my Religion (Islam)"

Wednesday 17 August 2011

Pergi balik dri KL ke Genting pandu kereta dengan RM6??


Ramai pemandu-pemandu Malaysia mengeluh pasal kenaikan harga minyak ni. Harga minyak terus menaik,aku pun terasa bahangnya. Tp pernah x korang terpikir cara nk mengurangkan penggunaan minyak atau x mau guna minyak langsung,nk gune bahan alternatif lain?


Sebenarnya bnyk cara untuk mencari bahan alternatif untuk menjimatkan penggunaan minyak seperti air dan sbgainya. Air???x rase pelikke..hehe..dengan penggunaan air,korang dapat menjimatkan petrol sehingga 50%!..Air ni sebenarnya adalah satu medium untuk menukarkan kepada hydrogen.Sistem ini dipanggil hydrofuel. Hydrofuel merupakan proses elektrolisis yang menghasilkan gas hydrogen. Air disalurkan daripada tangki 5 liter yang terletak di belakang kereta ke dalam bekas yang diletakkan di dalam enjin


Dengan penggunakan hydrofuel ini kereta korang yang sebelum ini menggunakan 0.68 sen/kilometer dapat dijimatkan kepada 0.34 sen/kilometer!bayangkanlah bape banyk korang jimat..betol x? Butiran lanjut dapat dilihat disini..
Hydrofuel
Cuma 4 jam aje, syarikat hydrofuel akan memasangkan bende ni untuk korang.Korang cume rase ajelah penjimaannya..
Hydrogen..memang berbahaya..tp kalau korang x sentuh malah menmodified ape yang syarikat tu buat,x mustahil xde pape akan berlaku seperti orang ini yang telah bawak kereta hydrofuelni selama 25 tahun...










Pengalaman pandu MYVI baru




Kakak aku dapat sebuah MYVI baru untuk dia pergi kelas atau sebgainyala(aku x amik tau).hehe. Apapapun review yang aku nk bg pada myvi baruni adalah cume 3 daripada 5. Aku lebih suka bawak kete waja kemek kiri kanan aku.haha..Kereta MYVI kakak aku berwarna putih.Nak kata best bawak..aku rase bese aje..same macm bawak MYVI versi lame n korang taula bagaimana produk perodua. Macm kotak kot bile ketuk kat dalam tu.



maybe x bape safety sngt(sume produk kereta Malaysia macmtu). Dia punye kereta 1.3,so korang kenela selalu ikut lorong kiri. Kalau nk laju pastikan anda berjoging dulu pastu press pedal minyak kuat2 bia bunyi mcm harimau. Airconditioner aku rase serupa myvi lame..sejuk memang sejuk..Kakak aku x beli special edition punye yang ade letak gps n iphone tu sebab kene tambah 10 ribu mcmtulah kalau nk dapat special edition punye. Ntahlah..aku x tau ape yang best sngt bawak keteni berbanding kete myvi versi lame.Mungkin nmpak sporty sikitla,dan selesa sikit dok atas kerusi dia. Pastu nk feymesla konon bawak myvi baru.  Tp aku rase x berbaloi kalau korang x beli myvi baru special editoin punya.Memang MYVI nk bawak rase macm MYVI versi lama..Atleast,kalau myvi special punye adela GPS dan bende2 lain..

PROTON EMAS(2012++)

Yangni aku habaq proton punya. Name dia proton emas. Memang terbaikla habaq hang tp sayang keluar pada tahun 2012(rumour).Dia gune kuasa hybrid(petrol campur elektrik). Aku sedang menunggu kereta ni..




Ular Berkepala Wanita???



Kita selalu percaya tentang bende2 macmni tanpa usul selidik. Kadang2 kononnya dri A sampailah dia kene sumpah jd mcmtu. Kita terus percaya begitu sahaja. Korang mungkin pernah dengar pasal ular berkepala perempuanni.Tentang ular berkepala perempuan ni,banyk aku dengar cerita dia seperti diani x hormat ibu bapa pastu kene sumpah jd macmtulah, peranakan ular dengan manusialah dan bermacm-macm lg. Tetapi sebanrnye ade manusia lg jahat dripada itu yang menipu kita semua. Baca ini..

JAKARTA - Pemilik tubuh seekor ular berkepala wanita yang sudah mengeras, Zamroji dari Kabupaten Blitar ditangkap polis untuk disoal siasat ekoran haiwan itu rupa-rupanya palsu dan bukan tulen, lapor sebuah akhbar semalam.
Zamroji yang merupakan seorang petani ditangkap kelmarin selepas ujian makmal oleh sebuah agensi perlindungan hutan mendapati kepala ular yang disangka wanita itu sebenarnya kepala kelawar yang dilekatkan pada badan ular jali.
Kepala kelawar itu dilekatkan pada badan ular itu yang didakwa oleh Zamroji ditemui di sawah miliknya pada Sabtu lalu di bawah pohon pisang.
Badan ular itu asli dan sudah direndam dengan air panas.
Rambut kuda ditanam pada kepala kelawar supaya ia kelihatan mirip seperti wajah wanita.
"Taring dan jari adalah milik kelawar yang diawet," kata seorang pegawai polis, Edi Herwiyanto.
Menurutnya, Zamroji mengaku haiwan yang dipamerkan kepada orang ramai itu sebenarnya palsu dan diperolehi daripada seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Cipto.
Sebelum ditangkap, Zamroji mendakwa pada malam Jumaat lalu dia bermimpi bertemu seorang wanita yang cantik sebelum menemui haiwan itu.
Ular palsu itu sepanjang 10 sentimeter (sm), manakala rambut di bahagian kepala itu sepanjang 8 hingga 10sm. Kukunya pula sepanjang 3sm dan terdapat taring pada mulutnya.
Pada awalnya, Zamroji mendedahkan penemuan haiwan itu kepada orang ramai selepas mendapat petunjuk yang memintanya berbuat demikian. - Agensi

Owh...ini adalah ular yang dicantum dengan badan kelawar.ermm..nmpak x bagaimana orang jahatni membuat-buat cerita pasal bendeni. Terus aje korang percaya. Macm ajaran ayah pin pulaknye, konon nmpak dia naik atas langit tp dia sebenarnye naik langit duduk kat kapal terbang(gurau2). Apa-apapun kita tidak boleh terus percaya bende ni sebab ia akan mendatangkan syirik..korang pernah tengok x video yang kononnya Malaikat turun ke Makkah?Malaikat itu adalah makhluk ghaib,bagaimana korang dapat lihat Malaikat senang begitu shaja?tengok videoni..


Kemudian apabila aku lihat bawah youtube itu dan komen2 mereka..seperti ini..

Assalamualaikum Wr.Wb.
To all My Respected Brothers n Sisters FRom Around The World.
Pls Do not Believe what you see,it is a Big Lie !!! (Photoshop)
I have proof....Look at Kaabah the cloth is all Black....then look again when its going to finish..quater-part looks in White cloth...Nice Try Editor.
Laknat to the this Evil doer.May Lighting strikes YOU !!!

kemudian lg bukti penipuan...

and if u go there take your mobile phone in you hands and move you mobile up and downward above the KAABA lights you ll also see the purple shade in ur mobile screen which is taken as an angel in the video...i tried my mobile phone there and found the purple colour almost the same kind of reflection in my mobile set it doesn't mean that its an angel its just the reflection of the yellow lights which are on the first floor,,and here by the help of editor its is total fooling.. 

Percayalah, orang kafir akan bermatian-matian cuba untuk menyesatkan kita. Kita duk percaya kan bende2 ni, orang kafir diseluruh dunia gelak dengan kebodohan kita sendiri..Dulu aku pun sebenarnya percaya jugak..Aku x nafikan aku bodoh dulu. Apa-apapun kita sudah tahu kebenaran ini..Jangnlah kita mempercayai sesuatu itu bulat2..Alhamdulillah..

Tuesday 16 August 2011

Internet Banking, cara yang mudah untuk urusan bank




Perbankan internet menyediakan cara yang cepat dan mudah melaksanakan urus niaga perbankan biasa di Internet. Kalau korang ade komputer dengan akses Internet, korang boleh buat sebahagian urusan internet dengan hanye menekan butang keyboard. Same ade nk tranfer duit kepada ibu dan bapa, topap hp, ataupun check baki kalau atm tempat korang jauh.sume boleh buat!
 Dengan perbankan Internet anda korang akan dapat :
 

  1) Semak baki dan penyata akaun dlm talian
  2) Mengemukakan permohonan untuk akaun baru, kad kredit atau pinjaman
  3) Pindahan dana antra akaun
  4) Pembayaran bil-bil, kad kredit, dan premium insurans
  5) Mencipta, mengubah dan membatalkan perintah tetap 

  6) Permintaan untuk buku cek dan menyemak status cek korang
  7) Permintaan untuk menghentikan pembayaran cek 
  8) Mohon draf bank dan pemindahan telegraf
  9) Kredit topap maxis,celcom,digi dan sbgainya 


Ramai orang kata perbankan internet ni tidak selamat sebab duit kan?sape x syang duit. Tetapi selama 2 tahun,ayah aku 5 tahun aku gunekan perbankan internet ni,xde masalah pun.Cuma korang kene berhati-hati sentiasa log out,jangn bukak internet banking kat cyber cafe atau mane2 tempat, pastikan dibukak kat laptop korang, jangn membuka ape2 link atau memberi ape2 password dan ape2 link ke laman web bank korang sebab besar kemungkinan dia akan buat web yang gmbar same macm bank korang,korng tertipu. Itu aje...owh dan bawahni..hehe




Cara? korang pergi ke atm bank pastu korang beli no pin internet banking kat mesin atm bank korang tu, pastu sign in kat laman web bank korang...easy and fast!

Lelaki Hari Ini: Isteri curang belasah suami


KAJANG: Seorang suami menerima nasib malang apabila isteri yang dikahwininya bukan saja berlaku curang malah sanggup bertindak membelasahnya menggunakan kayu kaki meja di kediaman mereka di Taman Kajang Ria, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suami malang terbabit cuba bertanyakan perbuatan terkutuk isterinya yang dikesan membawa pulang seorang lelaki ketika ketiadaannya.
Pertanyaan itu menyebabkan wanita berusia lewat 20-an itu tiba-tiba melenting dan mencapai kaki meja yang sudah patah dan membelasah suaminya bertubi-tubi.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki berusia 31 tahun itu mempersoalkan tindakan isterinya membawa pulang seorang lelaki setiap kali ketiadaannya.


“Menyedari rahsia dirinya terbongkar, isteri mangsa cuba berdolak-dalik hingga berlaku pertengkaran antara mereka sebelum wanita itu naik berang dan mencapai kaki meja di sudut rumahnya dan memukul mangsa tanpa belas kasihan,” katanya.     SUMBER: HARIAN METRO

*Mak ai!!!isteri yang salah,dia pulak yang pukul suami??Ish2..alam perkahwinan...Bersedialah dahulu semuaye sebelum melalui alam perkahwinan..:)

Perlawanan Lin Dan vs Lee Chong wei



Perlawanan badminton di antara Lin Dan dan Lee Chong Wei pada pertandingan dunia ini adalah paling baik dan kompetetif  aku tengok. Sebelumni, perlawanan antara seteru utama badminton ini banyk dicemari dengan kekuatan mental sebelah pihak,kesihatan sebelah pihak dan sbgainya. Tetapi kali ini nmpak dua2 sihat,dua2 kuat mental. Kita akui ade sedikit kekuatan mental x dapat di atasi chong wei seperti banyk melakukan kesalahan. Tetapi Lin Dan jugak banyk melakukan kesalahan,walaupun aku x beberapa suka Lin Dan.




Mengikut statistik perlawanan 3 set ini, dua2 melakukan kesalahan yang same iaitu 19 kali. Jd susah sekarang untuk mengatakan yang Chong Wei lg hebat dri Lin Dan. Mungkin kita boleh katakan yang Lin Dan cume lebih hebat sedikit aje dri Chong Wei. Apa2 pun untk Malaysia, Lee Chong Wei sebenarnya sudah tua. Bg seorang pemain badminton, 30 tahun adalah masa untuk gantung raket, tetapi ade jugak pemain lebih 30 tahun tp masih boleh bertahan dalam arena badminton seperti peter gade,choong han dan sebgainye tetapi aku percaya mereka ini berkerja keras untuk mengekalkan stamina yang mereka ade. Persoalannya, adakah Chong Wei akan meneruskan kariernya selepas lebih 30-an..Chong Wei ade mengatakan kejuaraan olimpik terakhir untuknya adalah 2012 ini..Adakah dia akan mengubah pendiriannya jika seteru utama, Lin Dan tidak menggantung raket? Persoalan untuk Malaysia pula, dimanakah pula Malaysia dalam arena badminton perseorangan selepas Chong Wei ini??





                                                                      Zullfadli Zulkifli


Friday 12 August 2011

Lelaki Hari Ini: Isteri dera Suami

Suami dakwa dipukul isteri turut 'diajar' anak hingga lebam, luka
MELAKA 2 Feb. - Jika sebelum ini, kita sering mendengar kisah isteri didera suami tetapi keadaan sebaliknya berlaku terhadap seorang lelaki yang dipukul isteri sehingga lebam dan luka di belakang badan.


Lebih menyedihkan, dua anaknya berusia 10 dan 16 tahun turut melakukan perkara itu apabila sanggup memukul ayah mereka dengan menggunakan penyangkut baju.

Itulah nasib malang seorang pekerja syarikat insurans di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 47, apabila dia dipukul isterinya sejak tujuh tahun yang lalu.

Sudahlah dipukul, Sham mendakwa isterinya yang berusia 43 tahun berjawatan eksekutif di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur sanggup bermain kayu tiga di belakangnya sejak tahun 1998 dan sering pulang lewat ke rumah.

Perbuatan isterinya semakin menjadi-jadi apabila Sham berpindah bekerja di negeri ini sejak 2005 dan hanya pulang ke rumahnya di Selayang pada cuti hujung minggu.

Sham mendedahkan perkara tersebut ketika ditemui di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) bagi meminta bantuan Ketua Penyelia Pembela, Amir Hamzah menyelesaikan masalah dihadapinya itu di sini hari ini.

"Saya sering dipukul jika enggan menuruti apa yang dikehendaki oleh isteri saya. Dalam kejadian Rabu lalu, alat sulit saya telah ditendang oleh isteri setelah saya mempertikaikan dia mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya.

"Dua anak saya juga turut memukul saya dengan penyangkut baju," ujarnya.

Akibat tidak tahan dengan apa yang terjadi, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada malam selepas kejadian tersebut.

Kata Sham, sepanjang perkahwinan dia telah menunaikan segala tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah kepada tiga anak dengan memberi nafkah yang cukup.

"Saya mungkin membuat kesilapan kerana sering mengalah dan tidak bertegas dengan isteri sehingga dia tidak berasa malu memukul saya.

"Lebih teruk saya cukup terkilan dengan tindakan dua anak yang sanggup memukul saya selepas 'diajar' oleh ibu mereka,'' katanya yang mengalami luka di bahagian belakang badan.

Dakwanya lagi, isterinya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sejak empat tahun lalu apabila dia berpindah bekerja di Melaka.

"Kami sudah tidak hidup bersama sebagai suami isteri selama empat tahun tetapi saya seringkali menjadi mangsa pukulnya jika enggan menuruti apa kehendaknya.

"Saya masih mampu bersabar dengan sikapnya itu kerana ingin menjaga nama keluarga," katanya.

*Mak ai!ade jugak orang macmni.ish3..memang betul perempuan menyerupai lelaki,dunia dh nk kiamat..so,jdlah kamu semua seorng suami yang berani dan tegas..alhamdulillah

Sri Animasi kartun Malaysia: Boboi boy

Selain animasi kartun Upin dan Ipin,Boboi boy adalah animasi kartun buatan Malaysia.BoBoiBoy merupakan adiwira baru terbitan Animonsta Studios Sdn. Bhd., yang dicipta oleh sekumpulan tenaga mahir yang sebelum ini pernah mencipta Upin & Ipin. Ade orang katela mereka ni ade tidak sependapat dengan kumpulan dalam Upin Ipin tu kemudian dorng buatla satu group yang lain. Kita berbangga apabila kartun ini disiarkan di Disney Channel Asia bersama dengan kartun2 malaysia yang lain seperti Upin-Ipin,Bola Kampung,Kampung Boy dan sbgaunye. Selain menggunakan lagu tema yang amat sedap didengar,grafik dan kualiti kartun ini amatlah direspek tabik spring!..



Ini adalah kartun yang merupakan kematangan selepas Upin dan Ipin.  Sinopsis kartun ini adalah BoBoiBoy dan kawan-kawan yang mendapat superpower untuk menentang penaklukan makhluk asing yang datang je bumi untuk menguasi bijirin kopi. Kisahnya bermula apabila makhluk asing berkepala kotak menghantar reconnya untuk mengumpul bahan-bahan yang terdapat di bumi. Salah satu bahan yang mereka kumpulkan ialah bijirin kopi yang dibawa semula ke dunia mereka untuk diuji. Di dalam sesi ujian, saintis mahkhluk asing tersebut termakan bijiran kopi dan mendapati ianya sangat enak dan luar biasa. Dia melaporkan apa yang telah didapatinya kepada maharajanya. Selepas merasai sendiri kehebatan bijian kopi itu, maharaja itu menjadi taksub dan segera memerintahkan bahtera angkasa disediakan untuk terus ke bumi bersama seluruh koloninya.


Ini adalah trailernya:

Malaysian Main Battle Tank: PT-91M

Pada pagi ini,sempena bulan kemerdekaan ini,inginlah saya citakan serba sedikit tentang pertahanan negara.Ya, gmbar di atas adalah salah satu daripada 48 kereta kebal Malaysia punya yang amat sesuai dengan persekitaraan bumi di Malaysia. Ia merupakan kereta kebal yang amat ringan dan bagus untuk bentuk muka bumi Malaysia yang sentiasa bergunung ganang.Kereta kebal ini kecik tp senang nk control berbanding dengan battle tank yang besar2 seperti chalenger dan sbgainye yang sesuai di keadaan muka bumi yang rata.

Tapi dipendekkan cerita, kereta kebal milik kita ni jauh lagi maju jika dibandingkan dengan kereta kebal milik tentera Iraq dan jugak model asal yang digunakan oleh Rusia. Paling mudah, enjin asal 850bhp dia dah kena ganti dengan enjin turbo disel 1000bhp buatan Poland. Gearbox dia pun dah pakai gearbox automatik Renk buatan Jerman, tak pakai dah gearbox Rusia yang tak best (gearbox asal pakai manual). Paling best ialah ubahsuai pada sistem kawalan tembakan dia yang senang cerita, kalau sistem kereta kebal ni dah “lock” kat kereta korang, jangan harap lah korang boleh lari – mengucap je laa… Dengan modifikasi yang dah dibuat, layaklah kereta kebal ni dibagi nama baru, iaitu Pendekar untuk ganti nama Twardy asalnya.




Thursday 11 August 2011

LELAKI HARI INI(pengenalan)

Apabila aku tengok tv,aku mencari2 cerita2 yang best kat tv.Tp xdepun. Yang ade kat rancangan tv adalah Wanita Hari Ini.Aku bukanlah diskriminasi kepada wanita atau ape.Aku lihat hanya wanita bole bgtaw rintihan atau kesusahan mereka dalam tv ni.Ade cite pasal Lelaki binatangla ape sume..aku pun sikit2 terasa la jugak..Kemudian!muncullah idea nk beritahu pasal berita2 sensasi mengenai masalah lelaki pulak..so,harini..wujudlah Lelaki hari ini dalam blog ni..hehe..

                                                                      *gambar hiasan

KOTA BHARU 8 Ogos – Seorang penjawat awam yang sanggup membeli barang hantarannya di Las Vegas, Amerika Syarikat, hari ini menyaman bekas tunangnya bagi menuntut ganti rugi lebih RM1 juta selepas wanita itu didakwa membatalkan majlis perkahwinan mereka lima jam sebelum akad nikah dilangsungkan pada 3 Jun lalu.
Mohd. Masran Ab. Rahman, 32, dari Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah memfailkan saman tersebut melalui peguamnya, Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Dia selaku plaintif menamakan bekas tunangnya, Zulyana Mat Hassan, 28, dan bapa wanita tersebut, Mat Hassan @ Mat Hussin Ibrahim, 60, sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam writ samannya, lelaki itu yang tidak hadir di mahkamah hari ini, menuntut ganti rugi am sebanyak RM100,000, ganti rugi teruk (RM500,000) dan ganti rugi malu (RM500,000).
Mohd. Masran turut menuntut ganti rugi khas yang tidak dinyatakan jumlahnya setelah mendakwa terlalu kecewa selepas dia banyak berkorban untuk memastikan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar.
Menurut Latifah, wanita itu yang bekerja sebagai juruteknik makmal perubatan didakwa datang ke rumah plaintif bersama bapanya kira-kira pukul 11 pagi, 3 Jun lalu untuk membatalkan perkahwinan mereka sedangkan majlis akad nikah dijadualkan berlangsung pukul 4.30 petang hari yang sama.
”Mereka tiba-tiba sahaja datang dan membatalkan perkahwinan sedangkan keluarga di pihak lelaki sudah bersedia malah semua persiapan untuk majlis perkahwinan di rumah wanita itu sudah tersedia,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Melalui kad jemputan perkahwinan pasangan itu, majlis persandingan di rumah pihak perempuan dijadual diadakan sehari selepas upacara akad nikah di Kampung Salor, Pasir Mas manakala persandingan di pihak lelaki pada 6 Jun di alamat Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah.
Menurut Latifah lagi, jumlah saman tersebut adalah gambaran rasa kecewa, malu dan kerugian yang dialami oleh pihak plaintif sebagai anak golongan kenamaan, setelah mengundang lebih 1,200 tetamu ke majlis perkahwinannya.
Tambahnya, disebabkan pembatalan tersebut, majlis persandingan di rumah pihak lelaki bertukar menjadi kenduri kesyukuran kerana kebanyakan jemputan telah hadir.
Selain itu katanya, barang hantaran yang disediakan oleh Mohd. Masran bukan sahaja dibeli di negara ini tetapi ada yang turut ditempah khas dari luar negara.

*kesian jugak aku tengok Mohd. Masran ni,buat penat siapkan kenduri sume tetapi tiba2 x jd.Duit sume bnyk dihabiskan.Tp apekah daya.Tula..sape suruh main2 dengan perkahwinan..kan kene saman..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...