Friday 12 August 2011

Sri Animasi kartun Malaysia: Boboi boy

Selain animasi kartun Upin dan Ipin,Boboi boy adalah animasi kartun buatan Malaysia.BoBoiBoy merupakan adiwira baru terbitan Animonsta Studios Sdn. Bhd., yang dicipta oleh sekumpulan tenaga mahir yang sebelum ini pernah mencipta Upin & Ipin. Ade orang katela mereka ni ade tidak sependapat dengan kumpulan dalam Upin Ipin tu kemudian dorng buatla satu group yang lain. Kita berbangga apabila kartun ini disiarkan di Disney Channel Asia bersama dengan kartun2 malaysia yang lain seperti Upin-Ipin,Bola Kampung,Kampung Boy dan sbgaunye. Selain menggunakan lagu tema yang amat sedap didengar,grafik dan kualiti kartun ini amatlah direspek tabik spring!..



Ini adalah kartun yang merupakan kematangan selepas Upin dan Ipin.  Sinopsis kartun ini adalah BoBoiBoy dan kawan-kawan yang mendapat superpower untuk menentang penaklukan makhluk asing yang datang je bumi untuk menguasi bijirin kopi. Kisahnya bermula apabila makhluk asing berkepala kotak menghantar reconnya untuk mengumpul bahan-bahan yang terdapat di bumi. Salah satu bahan yang mereka kumpulkan ialah bijirin kopi yang dibawa semula ke dunia mereka untuk diuji. Di dalam sesi ujian, saintis mahkhluk asing tersebut termakan bijiran kopi dan mendapati ianya sangat enak dan luar biasa. Dia melaporkan apa yang telah didapatinya kepada maharajanya. Selepas merasai sendiri kehebatan bijian kopi itu, maharaja itu menjadi taksub dan segera memerintahkan bahtera angkasa disediakan untuk terus ke bumi bersama seluruh koloninya.


Ini adalah trailernya:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...