Tuesday, 16 August 2011
Perlawanan Lin Dan vs Lee Chong wei
Perlawanan badminton di antara Lin Dan dan Lee Chong Wei pada pertandingan dunia ini adalah paling baik dan kompetetif aku tengok. Sebelumni, perlawanan antara seteru utama badminton ini banyk dicemari dengan kekuatan mental sebelah pihak,kesihatan sebelah pihak dan sbgainya. Tetapi kali ini nmpak dua2 sihat,dua2 kuat mental. Kita akui ade sedikit kekuatan mental x dapat di atasi chong wei seperti banyk melakukan kesalahan. Tetapi Lin Dan jugak banyk melakukan kesalahan,walaupun aku x beberapa suka Lin Dan.
Mengikut statistik perlawanan 3 set ini, dua2 melakukan kesalahan yang same iaitu 19 kali. Jd susah sekarang untuk mengatakan yang Chong Wei lg hebat dri Lin Dan. Mungkin kita boleh katakan yang Lin Dan cume lebih hebat sedikit aje dri Chong Wei. Apa2 pun untk Malaysia, Lee Chong Wei sebenarnya sudah tua. Bg seorang pemain badminton, 30 tahun adalah masa untuk gantung raket, tetapi ade jugak pemain lebih 30 tahun tp masih boleh bertahan dalam arena badminton seperti peter gade,choong han dan sebgainye tetapi aku percaya mereka ini berkerja keras untuk mengekalkan stamina yang mereka ade. Persoalannya, adakah Chong Wei akan meneruskan kariernya selepas lebih 30-an..Chong Wei ade mengatakan kejuaraan olimpik terakhir untuknya adalah 2012 ini..Adakah dia akan mengubah pendiriannya jika seteru utama, Lin Dan tidak menggantung raket? Persoalan untuk Malaysia pula, dimanakah pula Malaysia dalam arena badminton perseorangan selepas Chong Wei ini??
Zullfadli Zulkifli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment