Thursday, 25 August 2011
Tips untuk membeli Laptop yang sempurna untuk anda
Nak citekan sikit tips2 nk beli laptop ni.Korang jangn main beli aje laptop ni,boleh mendatangkan pembaziran jika ia x sesuai dengan korang. Bukan itu saje, kemungkinan banyk software yang x sepadan dengan laptop anda membuatkan anda..pusing2..So,inilah tips dari saya dalam memilih laptop:
1) Processor: Processor merupakan otak kepada laptop anda yang menentukan kecepatan akses sesebuah laptop anda. Untuk gaming aku rase lebih baik korang gunekan AMD processor(untuk lebih baik dan tahan panas).Untuk kerja2 yang melibatkan kerja ddesign graphic atau kerja universiti spt Autocad dan sbgainye korang patut gune intel. Sebenarnya Intel Core dan celeron sudah cukup memadai untuk penggunaan internet dan microsoft office. Tetapi untuk penggunaan laptop menggunakan tujuan yang lebih tinggi spt design graphic,game dan edit video.Saya syorkan processor tinggi spt centrino, core 2 duo dan keluaran intel terbaru core i series spt i5,i3 dan i7
2)Memory: Memory atau RAM (random access memory), semakin besar memorynya maka akan semakin cepat pula prestasi sebuah notebook. Untuk pemakaian standard, memory dengan kapasiti 1Gb sudah lebih dari cukup. Tetapi kalau boleh gunakanlah kapasiti yang lebih besar, terutama untuk aktiviti mereka bentuk, game, dan video editing.
3) Bateri: Satu kelebihan laptop dibanding PC desktop adalah dilengkapin dengan tenaga bateri. Semakin tinggi daya tahan sebuah bateri laptop akan semakin baik. Secara umum daya tahan bateri laptop berkisar antara 2-3 jam. Jika anda sering membawa kemana-mana dengan notebook anda maka pilihan notebook dengan daya tahan bateri cukup lama akan sangat cocok buat anda. kat pasaran ada notebook yang bateri boleh tahan sampai 8 jam. Contoh notebook : Acer Timeline.
4) Hard Disk: Data jenis apa yang akan anda buat dan simpan di laptop, akan menentukan kapasiti yang dimasukkan. Jika hanya sekedar file dokumen kerja, harddisk dengan kapasitas 60-80Gb sudah cukup. Namun jika Anda gemar menyimpan file lagu MP3, video-vedeo Youtube, dan foto, carilah hard disk yang kapasiti nye lebih tinggi lg.
5)Operating System: Anda perlu bertanya pada penjual ade x pembelian laptop ni sudah include dengan operating systemnya sebab ada jugak penjualan laptop tidak termasuk dengan operating systemnya dan dijual berasingan. Dan pilihan operating system apa yang sebaiknya digunakan itu bergantung pada anda. Jika anda ingin mudah just amik OS Wondows yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia.Jikalau anda sudah handal, Pilihlah MAC atau LINUX.:)
6)Graphic Card: Dalam sesebuah laptop, bende yang paling mahal adalah graphic cardnya. Graphic card ini amat penting pada seseorang yang minat gaming dan ingin melihat sesuatu yang realistik. Untuk gaming..saya sarankan nvidia atau ati.Kadang2 ade jugak game yang tidak boleh main kerana graphic cardnye rendah..untuk butiran graphic card terbaik untuk anda GAMERS..rujuk ini..Sesuai untuk games
Sudah smpailah ke penghujung rancangan,belilah laptop yang sesuai untuk anda sebab anda akan rugi jika anda tersalah beli laptop. Laptop ni bukan bape hinggit..beribu-ribu.So,Roger and out..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment